Dasar Privisi

Berkenaan Dasar Privisi ini

Dasar Privasi ini menerangkan kepada anda berkenaan dasar dan amalan PAC LEASE BERHAD (selepas ini disebut sebagai “Pac Lease”) tentang privasi data yang berkenaan dengan anda, sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada Pac Lease.

Dalam Dasar Privasi ini, kami akan memberitahu anda:

  • sumber data peribadi anda;
  • data peribadi seperti mana yang dikumpulkan;
  • apakah tujuan Pac Lease menggunakan data peribadi anda;
  • kepada siapa data peribadi anda boleh didedahkan;
  • apakah hak anda ke atas data peribadi anda
  • berapa lama Pac Lease akan menyimpan data peribadi anda; dan
  • bagaimana untuk menghubungi Pac Lease

 

1. Sumber data peribadi anda

Kami mengumpul kebanyakan data peribadi secara terus daripada anda, sebagai contoh, apabila anda memohon kemudahan pajakan (lease) atau kemudahan sewa beli (hire purchase) dari Pac Lease, anda akan mengisi borang permohonan dengan data peribadi anda. Kami juga boleh mengesahkan atau mendapatkan sumber maklumat peribadi berkenaan anda dari sumber pihak ketiga (awam dan swasta) seperti agensi laporan kredit, Suruhanjaya Syarikat dan Jabatan Insolvensi.

 

2. Data peribadi seperti mana yang dikumpulkan

Data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh Pac Lease adalah termasuk dan tidak terhad kepada:

  • nama;
  • NKP / No. Pasport;
  • alamat rumah dan alamat syarikat;
  • butiran kenalan;
  • alamat emel;
  • data peribadi sensitif*; dan
  • produk-produk berkaitan dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan kepada anda.

 

Situasi di mana data peribadi anda akan dikumpulkan adalah seperti di bawah:

  • apabila anda memohon kemudahan kewangan dengan Pac Lease atau menjadi penjamin untuk kemudahan kewangan yang dipohon oleh syarikat anda atau syarikat lain, data peribadi yang berkaitan dengan sejarah kredit dan pendapatan anda, pekerjaan atau perniagaan atau amalan professional anda, pemilikan hartanah atau aset lain akan dikumpulkan. Pac Lease juga boleh mengumpul atau mendapatkan pengesahan data anda daripada pihak ketiga dan sumber awam;

  • apabila anda memohon untuk produk insurans yang ditawarkan oleh Pac Lease, data peribadi yang berhubungan dengan asset peribadi, kesihatan peribadi anda dan sejarah perubatan (termasuk sejarah perubatan ahli keluarga terdekat anda) boleh dikumpulkan;

  • apabila anda menawarkan untuk menyediakan barangan dan / atau perkhidmatan kepada Pac Lease, data peribadi yang berkaitan dengan kelayakan, pengalaman dan kepakaran anda akan dikumpulkan. Pac Lease juga boleh mengumpul atau mendapatkan pengesahan data anda dengan badan profesional yang berkenaan dan sumber awam;

  • di mana anda adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha syarikat atau pemegang saham syarikat yang mempunyai atau bercadang untuk mempunyai apa-apa urusan, urusniaga atau aktiviti (termasuk yang disenaraikan di atas), data peribadi yang berkaitan dengan pengarah atau jawatan sebagai pengurus, setiausaha syarikat, atau pegangan saham dalam syarikat itu akan dikumpulkan;

  • apabila anda memohon pekerjaan dengan Pac Lease, data peribadi yang berkaitan dengan kelayakan, sejarah pekerjaan, pengetahuan, pengalaman & kepakaran serta data peribadi berhubungan dengan kesihatan peribadi anda akan dikumpul.

 

*Data peribadi sensitif, seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang, adalah apa-apa data peribadi yang terdiri daripada maklumat berkenaan kesihatan fizikal atau mental atau keadaannya, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain berbentuk serupa dan melakukan atau dituduh melakukan apa-apa kesalahan. Jika data peribadi sensitif dikumpul, tujuan pengumpulan data akan diterangkan kepada anda.

Sumber pihak ketiga yang daripadanya Pac Lease sama ada boleh mengumpul atau mendapatkan pengesahan data peribadi anda, adalah seperti yang berikut:

  • majikan anda berhubung dengan pendapatan anda;
  • kredit biro atau agensi yang menyediakan maklumat kredit atau maklumat lain; dan
  • badan-badan awam (seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Pengarah Insolvensi, Pendaftar Perniagaan, pejabat tanah dan lain-lain).

 

3. Apakah tujuan Pac Lease menggunakan data peribadi anda

Pac Lease mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda di sini untuk tujuan (selepas ini disebut sebagai “Tujuan-tujuan”) yang merangkumi:

  • pemprosesan, meluluskan, pembayaran, dan penyenggaraan operasi akaun pinjaman anda;
  • sebarang perkhidmatan insurans berkaitan dengan akaun pinjaman dengan Pac Lease dan/atau prinsipalnya;
  • untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau pengawalseliaan di dalam dan luar Malaysia;
  • pemasaran lansung oleh Pac Lease dan/atau ejen-ejen, pembekal dan/atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengan Pac Lease, melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu Pac Lease untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung; atau
  • seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

 

4. Kepada siapa data peribadi anda boleh didedahkan

Data peribadi yang dipegang oleh Pac Lease yang berkaitan dengan anda akan dirahsiakan (atau disimpan secara sulit) tetapi Pac Lease mungkin perlu menzahirkan butiran peribadi di sini kepada:

  • agensi pengawal seliaan
  • pihak berkuasa perlesenan
  • penguatkuasa undang-undang dan mahkamah
  • syarikat-syarikat atau entiti-entiti di dalam Kumpulan**
  • juru audit
  • rakan perniagaan
  • biro kredit
  • pembekal perkhidmatan

 

pembekal perkhidmatan

Your personal data may be transferred to, stored in, and/or processed in a jurisdiction outside Malaysia.

Data peribadi anda mungkin dihantar ke, disimpan di dan/atau diproses di lokasi-lokasi di luar Malaysia.

Data peribadi anda mungkin dihantar ke, disimpan di dan/atau diproses di lokasi-lokasi di luar Malaysia.

5. Apakah hak-hak anda terhadap data peribadi anda

Peruntukan mengenai data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan yang disenaraikan dalam item 3 di atas adalah secara sukarela dan tidak diwajib. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data peribadi anda dan sebarang limitasi yang diletakkan ke atas Syarikat untuk memproses data peribadi anda mungkin menyebabkan Syarikat tidak boleh (a) memproses permohonan anda; (b) meluluskan dan membayar jumlah pinjaman yang dipohon; dan (c) penyenggaraan umum akaun pinjaman anda dengan Syarikat.

6. Berapa lama Pac Lease akan menyimpan data peribadi anda

Pac Lease akan menyimpan data peribadi anda bagi tempoh masa untuk menjalankan tujuan yang mana data peribadi anda dikumpulkan dan juga untuk tujuan lain yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, termasuk untuk mengendalikan pertanyaan, audit, aduan atau prosiding undang-undang dan memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh Pac Lease. Kami juga akan mematuhi peraturan undang-undang, cukai dan keperluan / garis panduan pihak berkuasa dan industri untuk menyimpan rekod termasuk pengekalan polisi rekod.

7. Bagaimana untuk menghubungi kami

Anda berhak memohon akses kepada dan untuk memohon pembetulan ke atas data peribadi dengan memohon dan memberikan kepada Syarikat notis awal bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja dan memberikan butiran yang dikehendaki yang ditandakan dengan asterisk (*) pada perkara berikut:

     
Alamat surat-menyurat:   Pac Lease Berhad
Level 13, Menara Haw Par
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Attention: Ms. Chong Lai Wan (Assistant General Manager)
     
No. Telefon:   03 – 2035 1000
     
No. Faks:   03 – 2032 3300
     
Alamat emel:   lwchong@paclease.com.my
     
Butiran Yang Dikehendaki:   * Nama :
* Alamat:
* Nomber Telefon:
* No. Perjanjian:
* Butiran data peribadi yang ingin diakses atau dibetulkan
* Alamat emel (tidak diwajibkan)
     

 

i. Pac Lease merizabkan haknya untuk tidak mematuhi permohonan, jika permohonan adalah tidak lengkap kerana Syarikat mungkin tidak dapat memproses data anda bagi Tujuan-Tujuan.

ii. Jika Syarikat tidak mematuhi permohonan, mereka akan memaklumkannya kepada anda, melalui notis bertulis dan alasan-alasan mengenai keengganan.

8. Perubahan kepada Dasar Privasi ini

Perubahan dari semasa ke semasa mungkin akan dibuat kepada Dasar Privasi ini. Kami akan menyiarkan notis perubahan ketara ke atas laman web rasmi Pac Lease. Sila lawati semula Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengambil maklum terhadap sebarang perubahan.